|
|
| Tuesday, 28-Mar-2006 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Han's birthday
|
|
|
Happy 30th birthday.. May your life be blessed.. Amin.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Mar-2006 05:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Picnic at Ulu Yam
|
|
|
Picnic with kids from Baitul Fitrah, Kak Liza & family. Taking time out during 1st term school holidays.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Feb-2006 03:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Abie's Wedding
|
|
Congratulations to Abie & Han.. Semoga dirahmati Allah.. dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Amin.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Feb-2006 16:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
satu hari di sentul park
|
 |
|
kuala lumpur performaing arts centre
|
|
 |
|
the class
|
|
 |
|
reading some of the work of other kids
|
| | View all 16 photos... |
|
|
alia & fathiah have been attending children theater program at KLPAC for the past month. the surrounding captured my heart and i thought sentul park is such a nice place amidst the hustling & bustling KL city.. through my readings, the land was bought over from KTM and it will be a multi-billion world class property development by YTL.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Feb-2006 15:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunday @ Bukit Tabuh
|
|
|
Spent our sunday morning at Bukit Tabuh on 19-feb-2006 with Midah & Alang, Zaman & his hiking grp. 1st tme pegi tempat ni.. before this, tak pernah tahu ada such place. Many thanks to Zaman who introduced us to this nice place.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Feb-2006 09:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reminiscence...
|
|
|
Alia 7th birthday - 16 April 2005
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 31-Jan-2006 03:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hijrah for kids @ UKS new ABC
|
 |
|
Kids activities by teachers Aisyah & Norita
|
|
 |
|
learning the months in Islam
|
|
 |
|
story telling about hijrah
|
| | View all 6 photos... |
|
Maal Hijrah 1427... The 1st of Muharram is New Year's Day, which marks the beginning of the Islamic (Hijri) Calendar. The new year day of Hijrah also reminds Muslims the Hijrah (migragion) of the Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) from Makkah to Madinah in the year 622 C.E.
Thanks UKS, teacher Aisyah & teacher Norita! My kids learnt a lot, kenyang with mee hoon yang sedap tu and most of all, had fun!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Jan-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
return to nature at bukit tinggi
|
|
|
Some of the photos taken by Adung and the girls while at Bukit Tinggi..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Jan-2006 17:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bukit Tinggi 28-29 Jan 2006
|
 |
|
swan - symbol of the beauty within
|
|
 |
|
colmar tropicale - the living room
|
|
 |
|
first thing before breakfast, posing dulu :-)
|
| | View all 13 photos... |
|
It's a loooong holiday - CNY, Awal Muharram, Hari Wilayah & forced leave! Before the crazy jam started, me & the girls and my sister, Devina (btw, she was among the 2 women participants vying to be malaysian's first astronaut..sorry sis, i tumpang glamer kejap...jgn marah aahhh, nanti capat tua tau..) took this chance to go to Bkt Tinggi. Alia & Fathiah enjoyed the short break very much. They even fall in love with the donkeys. They took 2 rides but I paid for 1 ride each only misti mo pandai ambil hati the taukeh lah.. hehee..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jan-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IBU yahoogroup gathering
|
|
1st gathering at KLCC park. Below is the report from Winda, selaku one of the IBU yang menganjurkan this gathering.
*************************************************************************************************************************
Assalammualaikum WBT
Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang diinginkan, satu perjumpaan yang telah menyatukan hati IBU yang selama ini hanya berutus melalui email dan capaian internet.
Kelam-kabut di pagi Ahad, 22 Januari 2006, Winda bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan spaghetti, takut2 tak menjadi dan takut2 tak sempat. Anak2 pun didera tidur awal sehari sebelumnya, gara2 nak main kat taman klcc yang sejak azali menjadi bualan dan impian anak2 kecil, it is like sort of an ‘in thing’ pada mereka, cool .. kalau dapat bermain dan pernah bermain di taman klcc … !!!
Winda tiba parking lot taman klcc ( open air ) yang rosak tepat jam 8.45 pagi, tak boleh masukkan pulak syiling yang diminta, rupa2nya slotnya rosak dan terpaksa la Rizal menunggu supervisor parking tu datang untuk buka kan gate …. Winda dan anak2 dah terhegeh2 mengangkut segala barang ke taman, meninggalkan Rizal dengan masalah parking.
Melilau satu taman tercari2 kalau2 ternampak IBU yang berbaju putih atau pink .. Dalam hati, “ Alamak, dah kena tinggal ke aku nie ?? “ Dah le lambat, sebab janji dengan Ana(@bando) dan Ezza_Dhar, Winda akan tiba 8.30 pagi tapi lain pulak jadinya …. “ Alahai … Diorang mesti marah dan geram kat aku sebab tak punctual … “ Rupa2nya, Windalah yang terawal, IBU yang lain masih di rumah masing2 bersiap .. Fuh, Lega !!
Fina tiba dengan Hakeem ( 8 months ), montel dan geram melihatnya .. Fina bawak Mihun goreng yang MIL ( Mother In Law) yang masakkan, baik hati sungguh MIL Fina … Fina datang all the way from Jalan Klang Lama … Siap bawak bekal bubur blender dengan bayam .. Yummy !! Macam tulah Ibu Mithali, sentiasa ingatkan keperluan anaknya dari memikirkan hanya diri sendiri …. Nice meeting you Fina !!
Ayu & The Gang tiba .. Ayu bawak kari daging cicah dengan roti Gardenia .. Amboi, memang kecoh dan becok mulut Ayu nie .. Ada ajer yang terkeluar dari mulutnya .. Memang best, sebab semua IBU yang hadir semalam seolah dah mesra dan dah kenal lama, takde yang kekok dan teragak2 untuk makan, menyapa dan bermesra … Anak2 Ayu dah selamat berlari2 .. Sama macam anak2 Winda … Ntah ke mana menghilang …
Tak lama lepas tu, Nadia Loretta Abdullah tiba bersama kawannya dan anak2 mereka, riuh rendah Nadia ‘bertekak’ dengan anak2 nya … Ada yang tak mau makan, ada yang nak mandi dulu, ada yang tak puas mandi, dsb .. Kelakar tengok Nadia, lagak seperti Kak Long yang bising, suruh adik2 naik masuk rumah, sebab Nadia Loretta ni macam teenager baru lepas SPM, muka dan physical macam anak dara, tapi dah jadik mak kepada 2 orang anak dara !!! Macam budak2 … Sambil memotong kek buah kukusnya sedap gila tu, Nadia bercerita yang projek jual kek dia nie adalah usahasama antara dia dan makcik dia. Selain Kek Buah Kukus, dia jugak bawak Kek Lapis yang sedap bangatttt !! Waduh, memang best .. Thanx for letting us try your cakes … You are so sweet !!!
Natalia tiba dengan Supirnya … Si pemandu teksi KL yang menemani Natalia bersiar dan membawa Natalia ke mana sahaja .. Natalia sungguh mesra, a very happy go lucky person, penuh ceria dan sungguh cantik, kulit putih menawan dan badannya langsing .. Katanya, “ inilah penangan Herbal Life “ .. Memang dulu melalui gambar yang ditunjukkan, Natalia agak berisi, 85 kg katanya, lepas mengamalkan Herbal Life, beratnya turun dalam masa 9 bulan … Sekarang maintain 52 kg .. Menarik !! Soft opening Herbal Life Outlet di Malaysia berlangsung di Plaza See Hoy Chan, katanya “Marilah semua IBU ke sana dan melihat dan mencuba produk yang ada “ Herbal Life dari USA dan baru bertapak di Malaysia, dah ada over 61 countries around the world, dan sudah 25 tahun ditubuhkan. Bukan main seronok dia berjumpa dgn IBU semua … It was an honour meeting you, Natalia .. Sehingga kita berjumpa di lain masa dan ketika, ya !!! – Natalia bawak ole-ole Fish Cracker ….
Matahari makin terik, IBU mula mengesot ke spot yang kurang terik, matahari seolah menyinari perjumpaan IBU dan kalaulah hujan lebat, bukankah padah jadinya ??!! Alhamdulillah … Panas pun, masih happy.
Sureena ( adik ipar Winda ) tiba untuk memberi peluang IBU mencuba produk Mary Kay, dia minta kebenaran Winda berikan sample pada IBU, tapi tak lama dia duduk, anaknya Adam mula meragam ajak balik sebab badan masih tak sihat baru baik dari demam panas, Sureena terpaksa balik dan dia pun tinggalkan IBU sample lipsticknya yang pelbagai warna, apa lagi, IBU dan anak2 IBU pun sibuk mencuba lipstick dan lip gloss yang ada. Mary Kay adalah satu produk kosmetik yang terkenal di USA, di Malaysia pun ramai yang pakai dan percaya kepadanya. Kalau dah pakai Mary Kay, memang kita tak pandang jenama lain, tapi Winda tak mampu sebab harga agak mahal, tapi memang sedap dan best pakai, ada improvement dari segi texture kulit, sebab selalu gak Winda dapat free sample, so gunakan sample ajer la …. Hehehhh . .Kalau ada yang nak cuba, pls let me know .. Sureena juga buat make up job dan lain2 consultation pasal make up dan beauty … Kalau ada party ke, ada kenduri, annual dinner, Sureena boleh make up ..
Hasniah tiba dengan 2 anak dan ibunya. Dia bawa nugget dan pudding jagung yang sungguh sedap dan manis buatan air tangan ibu tercinta. Katanya “ Abah tak sihat, baru lepas operation cancer esophagus, masih kurang kuat dan tak berselera makan “ Kesian Winda dengar, tambahnya lagi, sepanjang 15 cm esophagus yang dibuang dan doctor gantikan dengan salur usus dari perut. Masih dalam treatment, dan operation dilakukan di Selayang Hospital. Hasniah tinggal di Selayang. Hasniah merupakan ahli yang bertanyakan perihal syndrome ADHD kerana mengesyaki anak lelakinya ( yang juga premature, tapi la nie dah besar … ) penghidap penyakit tersebut. Anyway, walaupun si ibu risaukan tentang kesihatan Abah yang kurang sihat, tapi dia masih memberi sedikit masa menemani Hasniah dan cucu2nya ke taman klcc, semua kerana kasih dan perhatiannya sebagai seorang ibu. Thanx makcik … You are the bestest mom in the world !!! Till we meet again …
Kesian Liza(@dgkom) yang tertinggal kek dalam LRT … Niatnya itu sudah InshaAllah diberikan ganjaran pahala kerana bercadang memberi makan ( sedekah ) pd rakan2 IBU yang lain … Sebaik train tiba di klcc, dia terus memegang tangan anaknya, dan paper bag berisi kek tertinggal pula, ini mesti kes nak cepat jumpa IBU sebab takut terlewat … !! Takpe, kenyanglah Pak Guard LRT makan kek tu nanti !!! hehehhe … Anyway, anak Liza comel dan tak sabar ajak ibunya balik sebab dia dah keletihan .. Lama sangat main kat playground tu ….
Ana(@bando) tiba dengan pengiring2nya ..4 orang anak termasuk sepasang anak kembar perempuan yang comel … Cerita Ana, dia hanya tahu mengandung anak kembar, seminggu sebelum bersalin walau beberapa kali di-scan doctor, ini kerana babies berhimpit antara satu dengan yang lain, bila tiba final scanning, baru nampak baby yang dikandung, rupa2nya kembar ! Apa lagi, mulalah persiapkan fizikal dan mental dalam masa 7 hari, shopping pun apa lagi ?? Kelam-kabut mungkin pada saat itu . Terasa macam Winda nak anak kembar jugaklah macam nie, tapi memikirkan banyak perkara, kena tangguh dulu …. Ana masak nasi lemak yang memang lemak dengan kuah sambal ikan bilis ( Natalia panggil Ikan Teri), sandwich sardine dan juga air teh .. Ana dealer Tupperware, habis semua plasticware berjenama Tupperware … Winda pun baru mula2 berjinak nak jadik dealer .. heheheh .. sapa nak beli Tupperware ??? Ana tinggal di Rawang ( Sungai Buaya ) .. Ana datang dengan Cik Abang …
Kak Ajah tiba dengan 2 dari 3 orang anaknya. Kak Ajah adalah IBU tabah yang dikurniakan ‘anak syurga’ .. Anaknya cacat penglihatan sejak lahir, akibat premature labor, dan hiba Winda dengar kisah Kak Ajah yang sabar .. Rupanya anak istimewa ini ( anak2 yang buta .. ) tak dapat bezakan malam dan siang, maka apabila malam tiba, mereka akan berjaga sepanjang masa. Terpaksa Kak Ajah dan suami bergilir menjaganya. Waktu tidur mereka ialah di siang hari ….Kenakalan mereka sama sahaja spt anak2 normal, memanjat, ‘mengemas rumah’ dsb. Kak Ajah menjual kerepek yang diambil dari Banting … Perniagaan kecil2annya bermula dengan membeli kerepek dari pasar malam dan dijual pd kawan di pejabat, lama-kelamaan bisnes bertambah baik dan dia mula mengambil kerepek direct dari Kilang di Banting. Modal pertamanya sebanyak RM300 ++ .. Sekarang dah balik modal pun .. Tahniah Usahawanita, Kak Ajah ….. Dia beri IBU rasa kerepek lada hitam yang tak pernah Winda rasa. Sedap dan lemak sungguh. Contohilah ketabahan dan kesabaran Kak Ajah nie … Winda respect Kak Ajah .. I hope I can learn more things from you !!
Selain Ana(@bando) yang lewat tiba ialah Ezza_Dhar. Ezza_Dhar & the gang tiba membawa Mihun goreng, disebabkan dia tiba lewat, Mihun gorengnya banyak berbaki. Lain kali, kita semua kena bawak bekas plastic, plastic bag dan getah untuk tolong tapau bahan yang tak habis. Kesemuanya sedap2, tapi tak dapat nak bawak balik sebab bekas takde.
Sebelum tu, Kak Siti yang menggunakan nama pena “ Icha “ ( kalau tak silap, pls correct me if I am wrong ), popular di kalangan Relaxsekejap, tiba membawa limau prosperity. Seronok dengar hobby Kak Siti yang rajin menulis novel, dan pernah menerbitkan novelnya dalam Relexsekejap. Katanya, kat rumah memang banyak novel2 sebab memang hobinya membaca novel. Winda tak minat novel melayu, tapi kalau sekadar Sidney Sheldon tu, memang Winda tak kelip mata membaca. Mungkin Kak Siti boleh berikan Winda pinjam novel yang ada untuk membuka mata Winda agar meminati novel2 Melayu .. hehhehehe …
Kalau ada yang berkecil hati namanya tak tersiar di sini, maafkan Winda, ada banyak nak tulis tapi tangan dah lenguh. Maafkan Winda andai, ada salah dan silap atau tersilap kata, mungkin terkasar … Maafkan ya !!
Anak2 sibuk mandi kolam, dan ada yang leka main di playground.
Ada juga anak2 yang lelap tidur tak kisahkan orang di sekeliling.
Winda cuba paste dan upload gambar ke Yahoogroup IBU, tapi internet speed lembab, dan asyik ‘hang’ dan page cannot be displayed. Nanti Winda akan hantarkan gambar kenangan ya …. Mungkin terpaksa ke E Zone di Boulevard Mid Valley, kerana capaian internet di situ bery high dan kebetulan Winda member E Zone, InshaAllah Winda akan upload dalam minggu ini juga.
Winda berterima kasih kepada Ana dan Ezza_Dhar kerana membantu menyelaras perjumpaan, upload data members, update apa yang patut, memang tanpa Ana dan Ezza_Dhar, tak mungkin boleh menjadi juga perjumpaan kita.
Kata Ana dan Ezza_Dhar, maybe lepas nie perjumpaan akan diadakan di hotel. Hi-Tea lebih menarik dan ini dapat memberi keselesaan pada IBU yang bersantai dan berborak sambil menikmati hidangan yang lazat. Anggaran budget dalam RM30-RM35 seorang. Selain tidak perlu berpanas terik, IBU juga akan selesa dan dapat memanjakan diri buat sementara waktu … Setuju ke ? Kalau ada yang setuju, boleh kita buat gathering bulan Mac nanti … Lepak dan Santai Bersama IBU ….
Memang seronok berkumpul dengan IBU yang tidak malu2 dan peramah semuanya. Rasa macam dah lama benar kenal .. Padahal baru semalam bersua muka …
Winda rasa masa dari 10 pagi sampai 12 tengahari tu sekejap sangat. Terpaksa balik sebab anak2 pun sudah letih. Hari nie, suami dah selsema, mungkin terik matahari membawa kesan. Apa2pun, Winda bersyukur dapat bersua muka dengan semua IBU yang hadir. Seronok tak terhingga.
Adik Ipar Winda ( Sureena ) bertanya “ Camana you all jumpa dan nak get along sebab sebelum ini tak pernah berjumpa pun ? Peliklah …dan tak biasa”
Tapi semalam was great …. Thanx IBU !!
Wassalam
Winda Ibrahim
|
|
|
|
|